Pengasingan Kuasa Pengajian Malaysia Assignment

Pengenalan

Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain. 

Carta 8   Pembahagian / Pengasingan Kuasa di Malaysia

 



Kerajaan Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran persekutuan dan doktrin pengasingan kuasa. Doktrin tersebut dapat dilihat melalui pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga badan berikut:-

Jadual 8

Badan

Fungsi/Ciri

(a)

Eksekutif

(Seperti Kabinet dan Kementerian)

ü  Menguatkuasa undang-undang

ü  dibahagikan kepada :

i . Kerajaan Persekutuan (Kabinet)

ii. Kerajaan Negeri

iii. Kerajaan Tempatan

(b)

Kehakiman

ü  Mentafsirkan dan menguatkuasakan undang-undang pentadbiran

ü  Dibahagikan kepada mahkamah awam dan mahkamah khas

(c)

Perundangan

(Sebagai contoh: Parlimen dan Dewan Undangan Negeri)

ü  Menggubal undang-undang

ü  Merujuk kepada Parlimen di Malaysia

 



Organisasi-organisasi kerajaan diwujudkan dengan tujuan :

i.                 membahagikan tugas-tugas kerajaan untuk mengelakkan pertindihan kerja

ii.                menentukan bidang kuasa unit-unit pentadbiran untuk memudahkan kawalan

8.1     KUASA EKSEKUTIF

Carta 8.1         Komponen Badan Pentadbiran (Eksekutif) dalam Sistem Kerajaan
                        Malaysia

 



Badan eksekutif merupakan badan pembuat dasar Kerajaan Persekutuan.  Ia juga bertindak melaksanakan kuasa Kerajaan Persekutuan.  Badan ini menjalankan tugas atas nama Yang di-Pertuan Agong.

Badan eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri  dan 28 orang Menteri lain.  Di Malaysia, kabinet merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif. Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai kabinet.  Biasanya seseorang yang dilantik menganggotai jemaah menteri merupakan penyokong kerajaan pemerintah.

Jemaah Menteri ini terdiri daripada mereka yang mewakili parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen. Ini ditentukan melalui proses pilihanraya yang merupakan teras kepada amalan demokrasi berparlimen. Dalam konteks ini, boleh dikatakan rakyat mempunyai kuasa dalam menentukan kerajaan.

Tugas-tugas Kabinet :-

i.                 Mentadbirkan Kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan

ii.                Membuat dasar kerajaan

iii.               Memperinci dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat

iv.              Membentuk dasar koordinasi yang bertujuan membina sebuah kerajaan yang cekap dan efektif

v.                Mengendalikan sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat

 



 

ü  Saraan ahli Kabinet dan Timbalan Menteri ditetapkan oleh Parlimen dan dikendalikan oleh Kumpulan Wang yang Disatukan.

8.2   KUASA KABINET

1.   Perdana Menteri

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicara baginda dan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:-

i.                 PM mestilah seorang ahli Dewan Rakyat

ii.                PM mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti Dewan Rakyat

iii.               Kewarganegaraan PM mesti didapati melalui kuat kuasa undang-undang

Beliau mempengerusikan Kabinet dan memimpin kerajaan.  Mesyuarat kabinet biasanya diadakan setiap pagi rabu di Jabatan Perdana Menteri.  Perdana Menteri juga berperanan memperkenal dan menjalankan sesuatu dasar yang biasanya adalah untuk:

i.                 meningkatkan prestasi perkhidmatan awam.

ii.                Mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam.

iii.               Merapatkan hubungan sektor awam dan sektor swasta.

Beliau ialah ketua eksekutif negara sementara kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Tugas-tugas PM:-

i.                 Menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong

ii.                Menamakan senarai Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

iii.               Menyelaraskan semua dasar negara

iv.              Menjadi jurucakap dalam hal-ehwal antarabangsa dan dalam negara

v.                Bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen apabila sampai tempohnya

Pemecatan Perdana Menteri

Pemecatan PM boleh dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap PM oleh 2/3 ahli-ahli Dewan Rakyat.

Jika Parlimen meluluskan usul tidak percaya itu, PM mempunyai dua pilihan iaitu:

i.                 Meletakkan jawatan; atau

ii.                Bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen

Timbalan Perdana Menteri

Timbalan Menteri bukanlah ahli kabienet. Jawatan ini tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan.  Jawatan ini diwujudkan sejak kemerdekaan.

TPM juga memegang portfolio (tugas/tanggungjawab) kementerian yang lain.

Beliau juga akan menjalankan tugas PM ketika PM ke luar negara atau dalam keadaan uzur.

Menteri

Boleh terdiri daripada ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara.

Bertanggungjawab kepada Parlimen secara kolektif (bersama) dan individu.

Jika PM hilang kepercayaan majoriti dari ahli Dewan Rakyat, PM dan semua menteri juga mesti meletakkan jawatan.

Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM.

Memegang satu portfolio kementerian dan dibantu oleh timbalannya.

Mesti mengambil sumpah jawatan dan sumpah rahsia di depan YDPA.

Pemecatan Menteri

Boleh dilucutkan jawatan oleh YDPA atas nasihat PM tanpa diberikan sebab.

Mesyuarat Kabinet

PM dan semua menteri bermesyuarat sekali seminggu, biasanya pada hari Rabu.

Isu-isu penting dibincangkan, kemudian keputusan diambil, pengundian jarang dilakukan; semua perbincangan adalah rahsia.

Selepas mesyuarat PM akan memberitahu wartawan tentang keputusan mesyuarat tersebut.

Setiausaha kabinet ialah :

i.                 Ketua Setiausaha Negara

ii.                Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM

iii.               Pegawai perkhidmatan awam tertinggi di Malaysia

iv.              Penasihat utama PM

Jawatankuasa Kabinet

Ditubuhkan secara tetap atau sementara.

Untuk mengatasi sesuatu masalah negara yang difikirkan rumit; jawatankuasa-jawatankuasa tertentu ditubuhkan, contohnya:

a)     Jawatankuasa tentang Pendatang Asing

b)     Jawatankuasa Kewarganegaraan

c)      Jawatankuasa tentang Perpaduan Negara

d)     Jawatankuasa tentang Penyelewengan dalam Pentadbiran

e)     Jawatankuasa tentang Keselamatan Jalanraya

f)       Jawatankuasa Antiinflasi

g)     Jawatankuasa Pelaburan

Majlis Perancangan Negara

Pengerusinya ialah PM dan dianggotai oleh beberapa orang menteri kanan.

Menyiapkan program-program pembangunan negara dari segi ekonomi.

Dibantu oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Meneliti, melaksanakan dan menyiapkan projek ekonomi seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Majlis Pembangunan Negara

Pengerusinya ialah PM dan dianggotai oleh beberapa orang menteri kanan.

Bermatlamat untuk menyelesaikan isu-isu keselamatan negara.

Menerima kerjasama daripada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam keselamatan negara.

Majlis Pembangunan Negara

Ditubuhkan pada tahun 1998 untuk merancang dasar-dasar yang sesuai untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

Nota: 

Keempat-empat Majlis ini tidak membuat penyelarasan dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tetapi hanya menyelaraskan 28 buah kementerian dan Kerajaan Persekutuan.

8.3     BADAN KEHAKIMAN

Sistem Kehakiman

Undang-undang diluluskan oleh Parlimen. Undang-undang itu dikuatkuasakan oleh badan eksekutif dan ditadbirkan oleh badan kehakiman.

Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan peraturan bagi membentuk sistem kehakiman yang bebas di negara kita.

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan beberapa peraturan untuk membolehkan mahkamah menjalankan  tugasnya dengan adil dan saksama tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Badan kehakiman mempunyai kuasa untuk :-

i)                 Membicarakan dan memutuskan kes-kes sivil dan jenayah

ii)                Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Negeri

iii)              Mentafsir undang-undang

iv)              Mengisytiharkan sesuatu undang-undang itu tidak sah

v)               Mengisytiharkan tindakan kerajaan itu tidak sah disisi undang-undang

Ketua kehakiman ialah Ketua Hakim Mahkamah Agung yang juga merupakan Ketua Hakim Negara.  Yang di-Pertuan Agung melantik hakim-hakim bagi Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

Carta 8.3         Sistem Kehakiman Di Malaysia

 



                         
 


Jadual 8.3       Jenis-jenis Mahkamah dan Peranannya

Mahkamah

Kuasa / Peranan

Mahkamah Agung

  • Merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia
  • Juga dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan.
  • Mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian  antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.
  • Berkuasa untuk menentukan pengesahan bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
  • Mahkamah tertinggi yang mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
  • Kes-kes rayuan meliputi kes sivil dan kes jenayah.
  • Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada Rm250 000 tidak boleh membuat tuntutan di mahkamah ini.

Mahkamah Rayuan

  • Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja.
  • Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang  RM250 000.
  • Kes-kes jenayah yang dirujuk di sini juga meliputi kes yang telah dikenakan oleh Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi

  • Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia.
  • Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
  • Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, wasiat, perkahwinan serta perceraian bagi bukan muslim dan kemuflisan.
  • Mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah  yang nilainya melebihi RM25 000
  • Bagi kes jenayah, berkuasa mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah yang nilai dendanya melebihi RM25 000
  • Memberi nasihat kepada Mahkamah Rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal-soal mengenai perlembagaan.

Mahkamah Sesyen

  • Mahkamah tertinggi dalam komponen Mahkamah Rendah.
  • Membicarakan kes jenayah dan sivil.
  • Kes sivil yang tidak melibatkan  nilai yang melebihi RM25 000.
  • Kes jenayah – membicarakan apa juga kes jenayah kecuali, menjatuhkan hukuman mati.
  • Membicarakan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.  Jika ia telah mempunyai bukti yang cukup terhadap tertuduh, ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
  • Mengenakan hukuman maksimum lima tahun penjara, denda RM1000, 12 kali sebatan atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah Juvana

  • Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur 10-18 tahun.
  • Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai usia 21 tahun.
  • Perbicaraan dijalankan secara tertutup.

Mahkamah Majistret Kelas I

  • Membincangkan kes-kes jenayah dan sivil.
  • Kes jenayah melibatkan hukuman jenayah dan hukuman denda.
  • Hukuman maksumum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah lima tahun penjara dan denda RM10 000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali.  Walau bagaimanapun, hukuman yang lebih tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1957, dan Akta Keseksaan 1953.
  • Kes sivil-melibatkan jumlah nilai yang tidak melebihi RM12 000 setahun.

Mahkamah Majistret Kelas II

  • Kes jenayah-hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan di mahkamah ini ialah tidak melebihi tiga bilen penjara dan denda RM250 atau kedua-duanya sekali.
  • Kes sivil-nilai kes tuntutan tidak melebihi RM3000.

Mahkamah Tuntutan Kecil

  • Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3000.

Mahkamah Penghulu

  • Merupakan mahkamah terendah dalam komponen Mahkamah Rendah.
  • Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
  • Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim.
  • Kes sivil-melibatkan tuntutan nilai tidak lebih RM50.
  • Kes jenayah-melibatkan denda sebanyak RM25 sahaja.
  • Rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh dibuat di  Mahkamah Majistret.

Mahkamah Tentera

  • Mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkahlaku anggota tentera.
  • Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah.
  • Antara kesalahan yang dibicarakan ialah tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak yang berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa kebenaran dan sebagainya.
  • Boleh menjatuhkan sebarang hukuman, kecuali hukuman mati yang perlu pengesahan daripada YDPA.
  • Pesalah Mahkamah tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi

Mahkamah Khas Raja-raja

  • Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan di Persekutuan.
  • Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.

Mahkamah Syariah

  • Untuk mengadili umat Islam.
  • Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
  • Kes sivil – nafkah dan tanggungan perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf, pembahagian harta dan sebagainya.
  • Kes jenayah – berjudi, zina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan terhadap isteri atau anak, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah.
  • Kesalahan yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, manakala kesalahan kecil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah.
  • Mahkamah Syariah Tayuan berperanan mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

Mahkamah Adat

  • Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak.
  • Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum, adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat keagamaan dan sebagainya. 

Kesimpulan


Dalam konteks Malaysia, pada dasarnya konsep pengasingan kuasa tidak diamalkan sepenuhnya.  Ini kerana antara tiga badan yang disebutkan sebelum ini iaitu perundangan, pentadbiran dan kehakiman, wujud hubung kait di antara satu sama lain.  Sebagai contoh, dalam badan perundangan, sebahagian besar undang-undang yang wujud pada hari ini dibuat oleh badan seperti Yang di-Pertuan Agong dan menteri-menteri.  Tetapi dalam konsep pengasingan kuasa, kuasa pemerintah hanya terhad kepada tugas-tugas pentadbiran sahaja dan tidak boleh mencampuri urusan kehakiman dan perundangan.  Dalam sesuatu keadaan pula, seseorang pemerintah juga  boleh menggunakan kuasa untuk menahan seseorang atas sebab keselamatan dan keamanan negara.  Selain itu, seseorang ahli parlimen yang berfungsi  sebagai penggubal undang-undang juga dilantik mengetuai kementerian-kementerian tertentu untuk menjalankan kuasa pemerintahan.

 

3. Doktrin Pengasingan Kuasa

Doktrin pengasingan kuasa yang juga dikenali sebagai konsep pengasingankuasa adalah merupakan doktrin yang dicadangkan kepada sebuah negara demokrasiyang bagi menjamin kebebasan rakyat jelata daripada ditindas oleh mana-mana pihaksama ada kerajaan mahupun institusi-institusi bukan kerajaan. Melalui doktrin ini, fungsisetiap institusi kerajaan dihadkan.Dalam teori ini terdapat tiga badan atau institusi dalam mana-mana corakkerajaan iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan legislatif. Ketiga-tigabadan ini adalah terasing dan kuasanya adalah tidak bertindih atas satu sama lain.Tiada satu badan pun yang boleh mengabil alaih kuasa badan yang lain. Hal ini bagimemastikan ketelusan pentadbiran.Pertama badan perundangan (legislatif) berfungsi sebagai pembuat undang-undang dan meminda undang-undang yang sedia ada agar tidak ketinggalan zaman.Dengan kata lain, ia bertanggungjawab untuk membuat undang-undang yangdijalankan disebuah negara. Badan ini berhak untuk mengemukakan cadangan kepadapemerintah atau raja dan kepada para hakim. Disamping itu, ia juga bertindak sebagaipenyelia kepada badan eksekutif dan ia tidak boleh menyerapkan kuasanya kepadabadan lain.Seterusnya, badan eksekutif yang juga dikenali sebaga badan pentadbiranadalah menjalankan kuasa dan mengamalkan undang-undang serta keputusan-keputusan badan kehakiman. Di Malaysia, badan eksekutif adalah parlimen Malaysiayang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Badan ketiga ialah kehakiman. Badan ini bertanggunjawab menjatuhkanhukuman setimpal dengan kesalahan dan memberikan keputusan-keputusan yangmuktamad tentang peraturan-peraturan yang terdapat di sesebuah negara. Selain itu,badan kehakiman juga mempunyai kuasa untuk mengawal badan eksekutif dan badanperundangan. Dalam hal ini badan kehakiman dapat menjatuhkan hukuman ke ataspara pegawai kerajaan termasuk eksekutif yang tidak menjalankan tugas dengansempurna atau menyeleweng daripada tugas.

Categories: 1

0 Replies to “Pengasingan Kuasa Pengajian Malaysia Assignment”

Leave a comment

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *